Kaki Tidur

Wednesday, May 18, 2011

lipas??? hitam putih.....

hello again, ok, ini lah artwork aku yang paling terbaru buat saat dan ketika ini lah. Aku buat simple je, hanya lakaran watak aku dalam versi kartun chibi dan proses inking dengan menggunkan pen mekanikal bermata 0.1 dan 0.4. Dalam lukisan aku kat bawah nih, ada la sedikit timbul pertanyaan, kenapa lipas? kenapa buat muka macam tu? hahai. Cakap pasal lipas, sape yang tak geli dengan lipas kan? Lipas ni kecik je, tapi dia mampu buat kita manusia yang lebih besar dari dia menjerit macam "perempuan" :D. Jadi aku pun buat la, lukaran bagaimana dan apa reaksi yang berlaku pada mereka-mereka ni yang geli dengan lipas.
lepas tu aku jeles tengok blogger-blogger lain asyik tukar header mereka, cantik-cantik lak tu, aku pun guna la balik lukisan ni jadikan sebagai imej utama bagi menampakkan expressi dan kelainan.. 
arghh!! aku benci lipas

header baru, hitam putih je

Sunday, May 15, 2011

aku lah kabuto

aku lah kabuto
media: charcoal atas illustration board


Cuti semester sudah tiba, dah hampir 3 minggu bercuti di rumah je. So bosan-bosan duduk kat rumah nih, aku pun mula la melukis "aku lah kabuto" ni. Lukisan ni siap di hasilkan seminggu selepas bermulanya cuti semester, sekarang ni je baru aku nak upload :D

Ok lah, aku nak cerita ni, melukis dengan menggunakan charcoal sebenarnya agak susah, lebih-lebih lagi bagi aku yang masih lagi mentah dalam penggunaan charcoal ni, atas rasa ingin mencuba, aku pun trus beli charcoal dan lukis.
semasa melukis, kita kena sentiasa menjaga tahap kebersihan dan kekemasan, supaya tidak nampak begitu comot dan kotor. lepas tu, kena beli pemadam charcoal yang bersesuaian, macam aku, aku pakai pemadam biase je, sebab tak mampu nak beli pemadam dia :D
kita juga harus lah melukis atas kertas yang dicipta khas untuk charcoal, sebab permukaan kertas itu yang kasar sedikit akan mencantikkan lagi kesan charcoal itu dalam sesebuah lukisan. Macam aku, aku lukis atas illustration board, sebab ada berlebih kat rumah aku nih ha.. baik aku guna daripada terbiar je macam tu kan..

ok lah, aku pun tak tak nak cerita apa-apa lagi berkaitan dengan charcoal ni, sebab aku masih lagi belajar berkaitan dengan teknik-teknik dan sebagainya lah.
ok sehingga bertemu lagi.. eh-eh??
chow..

2010 and 2011 artworks

Hello again, kali ini aku memuat naik artwork aku yang kiranye terkini lah... dalam sekitar hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011. Nak bagi waktu yang specific memang aku tak ingat la, tapi inilah antaranya....

Dalam artwork aku ini, ia adalah digital painting, di mana aku menggunakan software sai untuk melukis kartun chibi ini. Pada artwork ini juga aku menggunakan tablet (baru beli) supaya lebih memudah kan aku melukis secara terus kedalam komputer.
inilah aku versi kartun chibi, aku ini iroman suits
tajuk: OPEN MINDED
my chibi OMNIMON




my chibi OMNIMON selepas di letak kan background

my chibi METALGREYMON
my chibi BLACK WARGREYMON
my chibi IMPRELDRAMON
i give you my heart....

aku masih lagi sedang belajar menggunakan software sai ni dan masih lagi belajar menggunakan tablet..



kalau sudi, kunjungilah galleri saya di sini



Wednesday, May 11, 2011

dah bagi kemudahan tapi tak nak gune

huh.. dah lama tak update blog nih...
ok untuk cerita kali ini aku nak cerita berkaitan dengan kemudahan awam komuter.
seperti yang kita sedia maklum, ktm komuter kini sudah memberi kemudahan kepada penumpang wanita, dimana ladies coach telah diwujud kan bagi memberi kemudahan dan menjamin keselamatan penumpang wanita..
yelah, bagus idea ni, kerana kebiasaannya yang menjadi mangsa cabul, penyeluk saku, di kawasan awam adalah dari golongan wanita...
jadi usaha ini adalah wajar dan harus diberi pujian..
tapi ... orang kita ni, nak cakap bodoh, mak bapak hantar pergi sekolah.. belajar.. aku pun tak tau nak label kan mereka ni macam mana, 
ada juga penumpang lelaki yang masuk ke dalam koc wanita, sedangkan dah terang-terang terpangpang ini koc wanita.. buta ke ape??
tapi kalau kantoi malu gak, kena halau dengan polis yang jaga, stesen..
tapi kadang-kadang, bila polis terlepas pandang, selamat la mereka tu...
ok itu tak apa la... aku tak kesah.. yela orang lelaki ni kan malas belajar.. mungkin orang lelaki yang masuk ke dalam koc wanita tu tak tau membaca kot...
yela nak fikir positif la... mungkin dak lelaki tu dah lewat, kretapi pun dah nk gerak, so dia masuk je mana-mana koc yang sempat dia masuk.. hahai.
itu tak pe lah...
yang ni lagi satu hal... bila dah bagi kemudahan, keselesan dan sebagainye lah, masih lagi tak mahu menggunakannya...
cakap pasal wanita lak...
ok memang tidak disediakan koc untuk lelaki tapi faham-faham la kan... kenapa pihak ktm sediakan kemudahan sebegitu, untuk menjamin keselamatan, dan elakkan diri wanita itu dari di cabul, yela, biasa la, komuter memang tiap-tiap hari penuh.
sehingga kini masih aku tengok masih ada lagi wanita-wanita ini yang masuk ke koc yang bukan koc wanita.. di mana penumpangnya ramai dari kaum lelaki..
apa tujuan sebenar dia?? asal dapat naik komuter dan tak terlepas komuter cukup lah..
hish mana boleh macm tu, bertimbang rasa lah sikit kepada  kaum lelaki... kami pun perlukan keselesaan, tempat duduk... nanti terusik sedikit, dikatanya mencabul..
nak kata koc wanita tu penuh, tak ada lah penuh sangat berbading dengan koc-koc yang lain, memang macam sardin dah aku tengok bila sampai di stesen kl sentral.

ok baru-baru nih aku balik kampung aku di negeri 9. naik kretapi dari stesen batu gajah sampai la ke kl sentral.
sampai kat kl sentral lak, kena beli tiket naik komuter turun ke nilai,
aku pun turun lah ke platform ke seremban.
perghh.. memang ramai lah aku cakap... aku pun da redha je berdiri pun berdiri lah, aku tak kesah yang penting sampai...

lepas tu komuter pun tiba, pergh dengan macam kambing nak masuk kandang nya mereka-mereka ni masuk.dengan perlahan-perlahan aku pun masuk lalu komuter pun memulakan perjalanannya..
ok pada saat dan ketika itu.. aku pun memerhati di setiap pelusuk kawasan dalam komuter tersebut
perghh memang berbulu aku tengok ramai yang duduk di dalam koc bukan wanita adalah dari kaum wanita yang lain-lain semuanya berdiri, ada juga wanita yang berdiri... 
berdiri kat depan aku lak tu, nak je aku maki perempuan tu, nasib baik kiut tak jadi nak maki hahaha
aduh.. please lah... bertimbang rasa sikit kepada kaum lelaki.. biarlah kamu berhimpit-himpit dengan kaum sendri, ni tidak, nak berhimpit-himpit dengan kaum lelaki jugak.. tak faham aku, aku tengok koc wanita tak lah penuh pun, ni koc lain dah sempit sangat dah...dah macam-macam bau yang aku dah bau rasa nak pitam aku, tapi aku sabar jela, 
cerita panjang pun tak guna.. 
kepada penumpang lelaki, jangan lah masuk kedalam koc wanita
dan kepada wanita, masuk dan muat-muatkan lah diri anda kedalam koc wanita tuh... 
dengan itu.. tidak adalah kes di cabul la... itu lah... ini lah.. ok.. makcik... kakak... adik... 





"ahh lantak lah... yang penting aku dapat naik tren... lame aku tggu tau..."
di manakah perginya sikap bertolak ansur??? =.=''



ha! terang-terang dah tulis kat situ " coach for ladies only"




ni laki ke pompuan nih???