Kaki Tidur

Wednesday, May 11, 2011

dah bagi kemudahan tapi tak nak gune

huh.. dah lama tak update blog nih...
ok untuk cerita kali ini aku nak cerita berkaitan dengan kemudahan awam komuter.
seperti yang kita sedia maklum, ktm komuter kini sudah memberi kemudahan kepada penumpang wanita, dimana ladies coach telah diwujud kan bagi memberi kemudahan dan menjamin keselamatan penumpang wanita..
yelah, bagus idea ni, kerana kebiasaannya yang menjadi mangsa cabul, penyeluk saku, di kawasan awam adalah dari golongan wanita...
jadi usaha ini adalah wajar dan harus diberi pujian..
tapi ... orang kita ni, nak cakap bodoh, mak bapak hantar pergi sekolah.. belajar.. aku pun tak tau nak label kan mereka ni macam mana, 
ada juga penumpang lelaki yang masuk ke dalam koc wanita, sedangkan dah terang-terang terpangpang ini koc wanita.. buta ke ape??
tapi kalau kantoi malu gak, kena halau dengan polis yang jaga, stesen..
tapi kadang-kadang, bila polis terlepas pandang, selamat la mereka tu...
ok itu tak apa la... aku tak kesah.. yela orang lelaki ni kan malas belajar.. mungkin orang lelaki yang masuk ke dalam koc wanita tu tak tau membaca kot...
yela nak fikir positif la... mungkin dak lelaki tu dah lewat, kretapi pun dah nk gerak, so dia masuk je mana-mana koc yang sempat dia masuk.. hahai.
itu tak pe lah...
yang ni lagi satu hal... bila dah bagi kemudahan, keselesan dan sebagainye lah, masih lagi tak mahu menggunakannya...
cakap pasal wanita lak...
ok memang tidak disediakan koc untuk lelaki tapi faham-faham la kan... kenapa pihak ktm sediakan kemudahan sebegitu, untuk menjamin keselamatan, dan elakkan diri wanita itu dari di cabul, yela, biasa la, komuter memang tiap-tiap hari penuh.
sehingga kini masih aku tengok masih ada lagi wanita-wanita ini yang masuk ke koc yang bukan koc wanita.. di mana penumpangnya ramai dari kaum lelaki..
apa tujuan sebenar dia?? asal dapat naik komuter dan tak terlepas komuter cukup lah..
hish mana boleh macm tu, bertimbang rasa lah sikit kepada  kaum lelaki... kami pun perlukan keselesaan, tempat duduk... nanti terusik sedikit, dikatanya mencabul..
nak kata koc wanita tu penuh, tak ada lah penuh sangat berbading dengan koc-koc yang lain, memang macam sardin dah aku tengok bila sampai di stesen kl sentral.

ok baru-baru nih aku balik kampung aku di negeri 9. naik kretapi dari stesen batu gajah sampai la ke kl sentral.
sampai kat kl sentral lak, kena beli tiket naik komuter turun ke nilai,
aku pun turun lah ke platform ke seremban.
perghh.. memang ramai lah aku cakap... aku pun da redha je berdiri pun berdiri lah, aku tak kesah yang penting sampai...

lepas tu komuter pun tiba, pergh dengan macam kambing nak masuk kandang nya mereka-mereka ni masuk.dengan perlahan-perlahan aku pun masuk lalu komuter pun memulakan perjalanannya..
ok pada saat dan ketika itu.. aku pun memerhati di setiap pelusuk kawasan dalam komuter tersebut
perghh memang berbulu aku tengok ramai yang duduk di dalam koc bukan wanita adalah dari kaum wanita yang lain-lain semuanya berdiri, ada juga wanita yang berdiri... 
berdiri kat depan aku lak tu, nak je aku maki perempuan tu, nasib baik kiut tak jadi nak maki hahaha
aduh.. please lah... bertimbang rasa sikit kepada kaum lelaki.. biarlah kamu berhimpit-himpit dengan kaum sendri, ni tidak, nak berhimpit-himpit dengan kaum lelaki jugak.. tak faham aku, aku tengok koc wanita tak lah penuh pun, ni koc lain dah sempit sangat dah...dah macam-macam bau yang aku dah bau rasa nak pitam aku, tapi aku sabar jela, 
cerita panjang pun tak guna.. 
kepada penumpang lelaki, jangan lah masuk kedalam koc wanita
dan kepada wanita, masuk dan muat-muatkan lah diri anda kedalam koc wanita tuh... 
dengan itu.. tidak adalah kes di cabul la... itu lah... ini lah.. ok.. makcik... kakak... adik... 





"ahh lantak lah... yang penting aku dapat naik tren... lame aku tggu tau..."
di manakah perginya sikap bertolak ansur??? =.=''



ha! terang-terang dah tulis kat situ " coach for ladies only"




ni laki ke pompuan nih???