Kaki Tidur

Sunday, May 15, 2011

aku lah kabuto

aku lah kabuto
media: charcoal atas illustration board


Cuti semester sudah tiba, dah hampir 3 minggu bercuti di rumah je. So bosan-bosan duduk kat rumah nih, aku pun mula la melukis "aku lah kabuto" ni. Lukisan ni siap di hasilkan seminggu selepas bermulanya cuti semester, sekarang ni je baru aku nak upload :D

Ok lah, aku nak cerita ni, melukis dengan menggunakan charcoal sebenarnya agak susah, lebih-lebih lagi bagi aku yang masih lagi mentah dalam penggunaan charcoal ni, atas rasa ingin mencuba, aku pun trus beli charcoal dan lukis.
semasa melukis, kita kena sentiasa menjaga tahap kebersihan dan kekemasan, supaya tidak nampak begitu comot dan kotor. lepas tu, kena beli pemadam charcoal yang bersesuaian, macam aku, aku pakai pemadam biase je, sebab tak mampu nak beli pemadam dia :D
kita juga harus lah melukis atas kertas yang dicipta khas untuk charcoal, sebab permukaan kertas itu yang kasar sedikit akan mencantikkan lagi kesan charcoal itu dalam sesebuah lukisan. Macam aku, aku lukis atas illustration board, sebab ada berlebih kat rumah aku nih ha.. baik aku guna daripada terbiar je macam tu kan..

ok lah, aku pun tak tak nak cerita apa-apa lagi berkaitan dengan charcoal ni, sebab aku masih lagi belajar berkaitan dengan teknik-teknik dan sebagainya lah.
ok sehingga bertemu lagi.. eh-eh??
chow..

No comments: